KEDAI SINGER
Nuffnang Ads
Monday, 18 June 2012
Mengidam
Resipi Sandwich Tok Chu
Bahan-bahan: (untuk 20 Pax)
1. 2 Buku Roti (600gm setiap satu)
2. 4 biji Telur (direbus)
3. 1/3 biji Salad Bulat
4. 1 biji Tomato
5. 5 sudu besar Majerin
6. 3 sudu besar Moyonis
7. Sedikit Lada Sulah
8. Secubit Garam
9. 1 Sudu besar Gula
Cara-cara membuatnya:
Bahan-bahan: (untuk 20 Pax)
1. 2 Buku Roti (600gm setiap satu)
2. 4 biji Telur (direbus)
3. 1/3 biji Salad Bulat
4. 1 biji Tomato
5. 5 sudu besar Majerin
6. 3 sudu besar Moyonis
7. Sedikit Lada Sulah
8. Secubit Garam
9. 1 Sudu besar Gula
Cara-cara membuatnya:
Kupas telur yang direbus dan masukan di dalam bekas- lenyekkan telur menggunakan garpu.
Salad dan Tomato dipotong halus, setelah itu masukan kedalam bekas telur yang dilenyek tadi bersama-sama garam, lada sulah dan luga - gaul hingga rata.
Ambil roti, sapukan dengan sedikit magerin dan ambil sesudu bahan-bahan yang digaul tadi ratakan di atas roti, ambil sekiping lagi roti yang disapukan dengan magerin, letakan diatasnya dan dipotong 3 segi.
Sunday, 17 June 2012
First Time Ikut Jamboree - antara Pahit dan Manis
Aku, Ustz Zaki & Zam Nizam |
Tibalah hari yang kami nantikan, hari tu kami bertolak awal pagi dari Tanjung Pengelih dan singgah di Sg. Rengit untuk bersarapan di Kedai Roti Canai. Setelah lama menunggu, Roti Canai yang kami pesan tak sampai-sampai, disebabkan dah agak lewat kami pun bergegas ke Adela dengan perut kosong. Sesampai di sana terus ambil No. Plat dan bersedia ke tempat permulaan.
Bersedia di Tempat permulaan |
Jam 0830 Horn permulaan dibunyikan, maka bermula lah penjelajahan kami di dalam Gugusan Felda Adela. Ketika ini cuaca cerah dan belum ada tanda-tanda nak hujan tidak seperti hari-hari sebelumnya.
Lebih kurang seribu peserta dari dalam dan luar negeri menyertai jamboree ni, ini menambahkan lagi excited pada aku almaklumlah My First Time. Dari jalan bertar kayuhan mula memasuki jalan tanah merah di dalam Ladang kelapa sawit, Belum sempat warm up kayuhan kami dah stuck dengan jalan sempit iaitu sebuah titi untuk menyemberangi parit, aku sempat dengar juga rungutan dari peserta yang marah kerana belum panas dah berhenti. Di sini aku memerhatikan bermacam ragam dan gelagat peserta mencari alternatif lain untuk ke seberang, ada yang hulur basikal dan terjun ke dalam parit dan tak kurang juga yang provoke ikut mereka cari short cut lain, riuh sekali, masa tu aku cool aje ikut slow-slow, last-last baru boleh melintas titi tersebut.
Sempat bergambar di puncak bukit |
Terpaksa tolak basikal kerana tak boleh kayuh tayar jem |
Kayuhan diteruskan melalui jalan berbukit tanah merah yang berselut akibat hujan pada hari-hari sebelumnya, adakalanya terpaksa berhenti bersihkan sisa-sisa selut yang melekat dicelah-celah tayar, kalau tak bersihkan basikal jem tak boleh nak kayuh.
Ada yang ambil tindakan drastik - angkat basikal |
Setelah puas bertarung dengan selut kami tiba di CP1 (Check Point) - kami diberikan air mineral dan terus ke CP berikutnya. Selepas melepasi CP1 ni grup kami dah mula berpisah, mungkin terlampau excited nak sampai dulu ke Finish Line. Aku meneruskan kayuhan sorang diri dan ada kalanya follow peserta lain. Sebelum samapi ke CP2 hujan renyai-ranyai mulai turun dan aku beberapa kali berhenti kerana hampir cramp. Akhirnya sampai jua ke CP2, masa tu hujan dah lebat, di CP2 dapat air mineral dan pisang, sambil berehat aku tinjau-tinjau Zam dan Ustz Zaki tapi tak nampak kelibat mereka, Sebuah lori kecil disediakan untuk mengangkut peserta yang nak tarik diri, masa tu aku dah berbelah bagi nak naik lori atau teruskan kayuhan, dalam dok berkira lori dah penuh, so aku pun kayuh ke CP3. Aku kayu berseorangan memasuki jalan kelapa sawit yang masa tu dah ada kawasan yang dilimpahi air (banjir), hujan semakin lebat, semangat juang diteruskan jua...dalam hati berdetik 'gila aku'...kalau ada apa-apa musibah ke atas aku tak ada siapa yang nak tolong, aku pasrah dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
Ku menyusuri lorong-lorong sunyi trak yang masih jelas kelihatan marking yang diletakkan, semakin jauh kayuhan, trak dah ditakungi air jadi aku menyorong basikal, dalam hati ya Allah mana kelibat orang lain ni.....Ya Allah kau selamatkan aku dari segala malapetaka.
Tiba di satu kawasan.......nanti bersambung
Saturday, 16 June 2012
Teringin sangat
Telah sekian lama aku memendam rasa...teringin yang amat sangat, setiap kali aku melintasi Batu Cave berdetik dijiwaku satu macam perasaan keterujaan untuk sampai ke puncak. Setelah sekian lama bergolora di dalam kalbu, hari ini tanggal 17 Jun 2012 impianku termakbul, sampai jua hajatku untuk menawan 272 anak tangga Batu Cave.
Peta ke Batu Caves |
Lebih kurang jam 8.00 pagi aku tiba di pintu masuk kawasan kuil dan kena bayar RM 2.00 untuk Bayaran Letak Kereta. Setelah keluar dari kereta, bau setanggi serta burung-burung merpati menyambut ketibaan ku,. Ku toleh kiri dan kanan ku dapati bukan sahaja Kaum India sahaja yang datang tapi Rakyat 1 Malaysia termasuk pelancong asing. Cuma yang membezakan hajat adalah Kaum India datang untuk Pooja dan yang lain nak naik tangga serta melihat keindahan Batu Caves.
Burung Merpati |
Burung Merpati |
Pintu Gerbang Utama |
Setelah Park kereta aku menuju ke Tangga untuk memulakan pendakian, Berdebar rasanya takut kalau-kalau tak sampai ke puncak, bermula dengan BISMILLAHIRAMANILRAHIM kaki mula memijak anak-anak tangga, memeang terasa juga lengguhnya tapi ALHAMDULILLAH dapat jua memijak anak tangga yang teratas dan terakhir. Sesampainya di atas, aku tour sekitar gua dan dapat ambil beberapa gambar dari dalam gua tersebut.
Pemandangan dari tangga teratas menuju ke dalam gua |
Pemandangan dari dalam gua |
Setelah ronda satu gua, aku pun mulai menuruni anak-anak tangga, satu persatu anak-anak tangga dilangkahi dengan berhati-hati takut tergelincir kerana anak-anak tangga ni muat-muat kasut je...
Perjalanan menuruni anak-anak tangga |
Friday, 15 June 2012
Jom Makan Steak
Pada petang tu kami telah sepakat untuk mencuba Menu Western di sebuah restoran di Kuang. Seperti yang dijanjikan tepat pukul 9 mlm aku sedia menunggu geng yang lain di Tapak Pasar Malam Paya Jaras, tak lama selepas itu Pae call aku bagi tau geng yang lain tak dapat datang kerana ada hal lain, so Pae & aku teruskan plan kami nak makan Steak pada malam itu. Sesampai di Restoran terus buat order..Emmmmph sedap berbaloi dengan harganya.
Menu |
Suasana Kedai |
Kek Karot |
Suasana Restoran |
Ini dia Lamb Grill |
My last Posting
Tanjung Pengelih is a cape at the southern most part of Kota Tinggi District, on the southeast part of Johor. It is about 20 km from Sungai Rengit. From here, one can see Singapore and the islands of Pulau Tekong, also belonging to Singapore, to the west. There is a Royal Malaysian Naval Base at Tanjung Pengelih. The place used to be a British Operation Centre. One can still visit the World War II relics and bunkers here.
Getting there
It's best to drive. If you are from Johor Bahru, you have to make a big circle to reach Tanjung Pengelih. First head northeast on Route 3 to Kota Tinggi. From Kota Tinggi, take Route 92 to Sungai Rengit. Then turn right at the coast and continue all the way until Tanjung Pengelih.Bersama Geng Basikal |
Thursday, 14 June 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)