Nuffnang Ads

Sunday, 17 June 2012

First Time Ikut Jamboree - antara Pahit dan Manis

Setelah hampir setahun memiliki sebuah MTB, kami (Zam Nizam, Ustz Zaki & Aku) telah bersepakat untuk menyertai Jamboree anjuran Gugusan Adela MTB Ride, jamboree ni merupakan pengalaman pertama bagi Ustz Zaki dan aku manakala Zam Nizam atau kami mesra panggil zam sahaja yang merupakan taiko kami telah berpengalaman kerana telah beberapa kali menyertai Jamboree seumpamanya. Urusan pendaftaran diserahkan kepada Zam kerana dia kenal dengan urusetia pengganjur. 

G.A Cycling Club proudly present Gugusan Adela MTB Ride 2011 where the first ever mountain bike jamboree at felda plantation.After successful of G.A Cycling Fun Ride late January 2010,we decide to organize again mountain bike event with more bigger and more fun.This time we will provide goodies,meal,medal and lucky draw to all participant.

All levels of mountain bikers are invited to participate in Gugusan Adela MTB Ride 2011.We will update more info about this event.Don't forget to book yourself to join this event. 

Date : 30 January 2011 
Time : 8.30 a.m - 4.00 p.m 
Vanue : Gugusan Adela, Kota Tinggi, Johor

Aku, Ustz Zaki & Zam Nizam


Tibalah hari yang kami nantikan, hari tu kami bertolak awal pagi dari Tanjung Pengelih dan singgah di Sg. Rengit untuk bersarapan di Kedai Roti Canai. Setelah lama menunggu, Roti Canai yang kami pesan tak sampai-sampai, disebabkan dah agak lewat kami pun bergegas ke Adela dengan perut kosong. Sesampai di sana terus ambil No. Plat dan bersedia ke tempat permulaan.
Bersedia di Tempat permulaan






Jam 0830 Horn permulaan dibunyikan, maka bermula lah penjelajahan kami di dalam Gugusan Felda Adela. Ketika ini cuaca cerah dan belum ada tanda-tanda nak hujan tidak seperti hari-hari sebelumnya.





Lebih kurang seribu peserta dari dalam dan luar negeri menyertai jamboree ni, ini menambahkan lagi excited pada aku almaklumlah My First Time.  Dari jalan bertar kayuhan mula memasuki jalan tanah merah di dalam Ladang kelapa sawit, Belum sempat warm up kayuhan kami dah stuck dengan jalan sempit iaitu sebuah titi untuk menyemberangi parit, aku sempat dengar juga rungutan dari peserta yang marah kerana belum panas dah berhenti. Di sini aku memerhatikan bermacam ragam dan gelagat peserta mencari alternatif lain untuk ke seberang, ada yang hulur basikal dan terjun ke dalam parit dan tak kurang juga yang provoke ikut mereka cari short cut lain, riuh sekali, masa tu aku cool aje ikut slow-slow, last-last baru boleh melintas titi tersebut.


Sempat bergambar di puncak bukit
Terpaksa tolak basikal kerana tak boleh kayuh tayar jem





Kayuhan diteruskan melalui jalan berbukit tanah merah yang berselut akibat hujan pada hari-hari sebelumnya, adakalanya terpaksa berhenti bersihkan sisa-sisa selut yang melekat dicelah-celah tayar, kalau tak bersihkan basikal jem tak boleh nak kayuh.

Ada yang ambil tindakan drastik - angkat basikal



Setelah puas bertarung dengan selut kami tiba di CP1 (Check Point) - kami diberikan air mineral dan terus ke CP berikutnya. Selepas melepasi CP1 ni grup kami dah mula berpisah, mungkin terlampau excited nak sampai dulu ke Finish Line. Aku meneruskan kayuhan sorang diri dan ada kalanya follow peserta lain. Sebelum samapi ke CP2 hujan renyai-ranyai mulai turun dan aku beberapa kali berhenti kerana hampir cramp. Akhirnya sampai jua ke CP2, masa tu hujan dah lebat, di CP2 dapat air mineral dan pisang, sambil berehat aku tinjau-tinjau Zam dan Ustz Zaki tapi tak nampak kelibat mereka, Sebuah lori kecil disediakan untuk mengangkut peserta yang nak tarik diri, masa tu aku dah berbelah bagi nak naik lori atau teruskan kayuhan, dalam dok berkira lori dah penuh, so aku pun kayuh ke CP3. Aku kayu berseorangan memasuki jalan kelapa sawit yang masa tu dah ada kawasan yang dilimpahi air (banjir), hujan semakin lebat, semangat juang diteruskan jua...dalam hati berdetik 'gila aku'...kalau ada apa-apa musibah ke atas aku tak ada siapa yang nak tolong, aku pasrah dan bertawakal kepada Allah s.w.t. 

Ku menyusuri lorong-lorong sunyi trak yang masih jelas kelihatan marking yang diletakkan, semakin jauh kayuhan, trak dah ditakungi air jadi aku menyorong basikal, dalam hati ya Allah mana kelibat orang lain ni.....Ya Allah kau selamatkan aku dari segala malapetaka. 

Tiba di satu kawasan.......nanti bersambung





No comments:

Post a Comment