Nuffnang Ads

Saturday, 16 June 2012

Teringin sangat

Telah sekian lama aku memendam rasa...teringin yang amat sangat, setiap kali aku melintasi Batu Cave berdetik dijiwaku satu macam perasaan keterujaan untuk sampai ke puncak. Setelah sekian lama bergolora di dalam kalbu, hari ini tanggal 17 Jun 2012 impianku termakbul, sampai jua hajatku untuk menawan 272 anak tangga Batu Cave.

Peta ke Batu Caves





Lebih kurang jam 8.00 pagi aku tiba di pintu masuk kawasan kuil dan kena bayar RM 2.00 untuk Bayaran Letak Kereta. Setelah keluar dari kereta, bau setanggi serta burung-burung merpati menyambut ketibaan ku,. Ku toleh kiri dan kanan ku dapati bukan sahaja Kaum India sahaja yang datang tapi Rakyat 1 Malaysia termasuk pelancong asing. Cuma yang membezakan hajat adalah Kaum India datang untuk Pooja dan yang lain nak naik tangga serta melihat keindahan Batu Caves.

Burung Merpati

Burung Merpati



Pintu Gerbang Utama

Setelah Park kereta aku menuju ke Tangga untuk memulakan pendakian, Berdebar rasanya takut kalau-kalau tak sampai ke puncak, bermula dengan BISMILLAHIRAMANILRAHIM kaki mula memijak anak-anak tangga, memeang terasa juga lengguhnya tapi ALHAMDULILLAH dapat jua memijak anak tangga yang teratas dan terakhir. Sesampainya di atas, aku tour sekitar gua dan dapat ambil beberapa gambar dari dalam gua tersebut.


Pemandangan dari tangga teratas menuju ke dalam gua


Pemandangan dari dalam gua

Setelah ronda satu gua, aku pun mulai menuruni anak-anak tangga, satu persatu anak-anak tangga dilangkahi dengan berhati-hati takut tergelincir kerana anak-anak tangga ni muat-muat kasut je...

Perjalanan menuruni anak-anak tangga

Pemandangan dari atas tangga teratas

Semasa turun, tahap kelengguhan kurang sikit berbanding dengan semasa naik. Memandangkan waktu masih awal lagi dan stamina masih ada, aku mengambil keputusan untuk naik dan turun sekali lagi,kali ni baru teringat nak ambil masa,      Setelah selesai naik dan turun, masa yang diambil adalah kurang dari 5 minit. Aku bercadang nak naik sekali lagi tapi keadaan cuaca tak mengizinkan berbuat demikian kerana tiba-tiba hujan lebat. 

Semasa berteduh di Kedai berhampiran aku dapati ada Mat Saleh bersama isteri dan anaknya baru sampai dengan ditemani oleh seorang India, mungkin pemandu pelancong, dari percakapan mereka aku agak dia dari Itali, akupun tanya dia (dalam bahasa Itali) untuk mengesahkan tekaan aku, dia jawab ya, aku bagitahu dia yang aku pernah ke Itali lama dahulu dan tau laa sikit sikit capat bahasa Itali, kami terus berborak, seronok dapat parla italiano satu bahasa yang lama dulu aku belajar (sekarang ni gagap la sikit) dalam pada tu hujan pun agak reda lalu minta diri untuk beredar. Aku terus ke kereta dan hidupakan injin terus balik - sempat singgah NSK Selayang beli roti kerana belum lagi breakfast.

Akhirnya aku berjaya penuhi angan dan impianku..Batu Caves tunggu aku next time.

No comments:

Post a Comment